Friday 30 November 2018

Sambung Kerja atau Sambung Belajar

Lepas Spm 2007, saya mengikuti abg saya kursus asas elektrik selama 3 bulan di Kuala Jelebu, Klawang Negeri Sembilan tahun 2008. Saya dan 4 orang kawan dari Sabah mengikuti kursus berkenaan di Nu-Skill Development anjuran CIDB. Selepas pulang tamat kursua dan kami pun pulang ke Sabah. Macam biasa ada kerja dan tak kerja. Saya mohon kerja di Felda Industries Sdn Bhd kebetulan ada kekosongan jawatan Apperantis Elektrik seorang. Lepas sebulan saya pun dapat surat panggilan kerja. Alhamdulillah saya dapat kerja sebagai Apperantis Elektrik. Rutin kerja saya membantu Chargeman. Gaji kecil saja, mula-mul saya masuk gaji hari lepas tu naik ke gaji bulan. Gaji saya sebulan RM250.00, OT dan elaun RM200 jadi saya terima sebulan RM440 bersih. Bayar motor RM250, bagi orangtua lebih, tinggal RM50 sebelum pun untuk beli minyak motor saja. Dua tahun tepat dari Januari 2009 hingga ke Disember 2010, akhirnya saya pun berhenti kerja. Saya hantar notis kerja sebulan tetapi gaji bulan itu saya tidak dibayar.

Lepas itu saya sambung belajar di Kota Kinabalu, saya ambil Elektrik SKM-1 tapi tak lama selepas itu saya lebih suka bermain bola saya pun ambil Diploma jurusan Bola Sepak di Kuala Lumpur. Saya belajar di Cyberlynx International College selama 2 tahun setengah. Masa belajar dulu saya pun dapat elaun bulan-bulan sebanyak RM500 iaitu Skim Intensif Anak Peneroka (SIAP). Malangnya selepas insiden Kg.Tanduo Lahad Datu mereka tidak membayar duit elaun tersebut selama 11 bulan bersamaan sebanyak RM5500 sehingga kini. Tiap-tiap bulan kami minta duit kami, bukan saya seorang saja tapi bertiga yg 5 orang lagi sudah graduation. Saya rasa mereka terlupa duit kami. Insyaallah satu hari nanti saya akan dapatkan juga duit tersebut. Sebab duit itu hak kami sebagai anak peneroka felda.

Baru-baru ini saya telah membuat aduan tersebut kepada Felda 1MCC melaui email sebab laman web mereka terganggu sikit. Saya harap ada balasan yg cepat sebelum mereka terjerat sekali nanti.

Indah kabar dari rupa :):):):3

Salam Maulidur Rasul..

Pernahkah kamu bermimpi atau berangan-angan untuk menjadi kaya-raya satu hari nanti? Semuanya belum terlambat kerana perancangan Allah s.w.t itu lebih baik dari perancangan manusia. Allah S.W.T itu Maha Kaya, tetapi berbeza dengan kekayaan manusia. Allah itu selalu menyayangi umatnya tak kira baik ataupun jahat sebab manusia yang hidup didunia ini punya urusan yang harus disempurnakan tidak kira urusan peribadi mahupun urusan kerja seharian. Allah tahu setiap umatnya menempuhi pelbagai ujian dan rintangan untuk hidup dan sebagai manusia biasa saya sendiri alami ujian yang Allah S.W.T berikan dari kecil hinggalah dewasa pelbagai dugaan yg saya lalui. Dugaan sekarang yg saya lalui sangat mendalam sekali sebab urusan saya banyak terganggu selama ini. Saya tidak tahu hanya mampu berdoa padanya. Saya menjadi mangsa keadaan. Saya telah pun maklumkan kepada ahli keluarga saya jadi saya kena cabar diri saya juga untuk kuat dan meneruskan hidup. Nasib lah lelaki, airmata pun saya simpan sahaja. Kalau boleh saya mahu hak-hak peribadi saya yg dicabul selama ini dikembalikan. Saya mahu tuntut keadilan. Saya rindukan keluarga saya yg dulu. Mereka juga rindukan saya yg dulu. Saya tidak tahu buat apa masa kini. Saya buntu. Saya perlukan sokongan ramai sebab sy mahu heret mereka yg tidak berhati mulai ini ke muka pengadilan. Astagfirullah-aladzhim..
Ya Allah apa lah besar dosa hambamu ini. Ya Allah engkau berikanlah aku kekuatan untuk aku tempuhinya. Ya Allah kejamnya mereka ini Ya Allah engkau berikanlah balasan yg setimpal kepada diri mereka. Ya Allah mudah-mudahan mereka sedar satu hari nanti yg mereka ini telah memfitnah diriku. Ya Allah engkau lemparlah mereka ini ke neraka jahanammu. Astagfirullah-aladhzim sampai bila mereka ini bermaharajalela Ya Allah. Tunjukkanlah pada kami kekuatannya agar bisa kami lemahkan. Tunjukkanlah pada kami undang-undang Malaysia masih berguna untuk si tak berguna ini. Ya Allah hanya engkau yg tahu isi hati hambamu ini. Mudah-mudahan satu hari nanti akan terjawab kenapa mereka ini ada mencabul hak-hak peribadi saya. Saya akan buktikan pada mereka yg saya masih kuat untuk menempuhi dugaan ini. Saya akan buktikan punya bukti yg baik untuk mempertahankan hak-hak saya. Malah sesiapa pun yg telah dipergunakan oleh mereka. Memfitnah ialah satu dosa besar dalam islam. Fitnah secara terang-terangan dikhalayak umum hingga dijadikan bahan. Ya Allah kejam sungguh mereka ini. Ya Allah dimana undang-undang Malaysia ini. Ya Allah engkau permudahkanlah urusanku esok. Aminn.


Assalamualaikum dan Salam Perkenalan


Hi, saya Mohd Azreen Aman Bin Printis berasal dari Felda Sahabat 04 Blok 05 Rh No 106 Desa Kencana P/S 78 Cenderawasih 91150 Lahad Datu Sabah. Saya berumur 28 tahun berbangsa Bugis Bone dan masih bujang. Saya anak kedua dari lima beradik dan pekerjaan saya sekarang yang terkini ialah Operator Kilang di Senai 4 Johor. Hobi saya ialah bermain futsal dan game. Cita-cita saya ingin menjadi pemain bola sepak. Nama bapa saya Printis Bin Hj Yusop berumur 60 tahun berasal dari Bombalai Tawau. Manakala mak saya iaitu Mislia@Eing Binti Yusuf berumur 50 tahun dan berasal dari Kg Simpang 3 Merotai Besar Tawau. Pekerjaan bapa saya ialah peneroka dan mak saya berniaga di dataran felda. 
Sebab saya buat blog ni saya mencari kenalan blogger yg lain. Sekian terima kasih. Wasalam... 


#okbahkalaukau# 








MH370 dan MH17 ..

Kita sambung lagi cerita pasal 2 biji kapal terbang ini, terlalu byk konpirasi yg mengaitkan 2 kapal terbang malaysia ini termasuklah dikait...