Tuesday 18 December 2018

Laporan Polis terhadap Felda.

Pada 21-23 julai 2017 lebih kurang jam 08:00 pagi hingga jam 05.00 ptg di Dataran Putrajaya Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan telah mengadakan Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan Tahun 2017. Pada hari tersebut pihak Felda telah menggunakan No Digit bahagian hadapan kad maybank saya dan kad bank saya pada ketika itu baru sahaja ditukar dengan yang baru dan secara terang-terangan mereka telah meng-upload gambar kad berkenaan ke dalam laman sosial facebook felda. Untuk pengetahuan pihak polis juga saya pernah menerima panggilan telefon dan dia meminta no bahagian hadapan Kad Maybank saya. Ketika itu saya berada di dalam Kolej Antarabangsa Cyberlynx pada tahun 2013. Pada masa itu saya pelajar Diploma In Football Studies dari julai 2011 hingga oktober tahun 2013.

Laporan Polis 2 terhadap Filem bertajuk CCTV.

Pada 25 november lebih kurang pukul 09:30 mlm didalam bilik di hostel pekerja evergrown senai 4 johor bahru saya telah menonton filem bertajuk cctv dan saya telah dapati filem tersebut telah mengambarkan diri saya iaitu kepala terhempas ke lantai semasa sekolah menengah dan menengok cctv di rumah sewa Ampang Kuala Lumpur dan tempat penggambaran di Hospital Colombia Kuala Lumpur itu pernah sekali saya curi pandang semasa saya membawa motor di Highway MRR2 untuk ke Stesen TBS.

Laporan Polis terhadap pihak Polis Diraja Malaysia.

Pada 1 Januari 2014, 30 Januari 2014, 7 Disember 2014 lebih kurang pukul 07:30 lebih pagi di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melancarkan tiga Unit Khas Polis Diraja Malaysia(PDRM) iaitu Unit STAFOC, Unit STING, Unit STAGG dan ketiga-tiga nama Unit berkenaan telah mencurigakan saya sebab saya pernah sekali masuk ke Padang Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) untuk perlawanan persahabatan menentang Presiden Pdrm bawah 21 tahun. Disebabkan hal yang demikian saya merasakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mempergunakan saya.

Laporan Polis kehilangan Chip Boyaa.

Pada awal Jun 2013 lebih kurang pukul 08:00 pagi saya telah kehilangan Chip permainan game Poker Texas Boyaa saya sebanyak 748 Trillion di rumah saya di felda sahabat 4 blok 5 rh no 106 p/s 78 Cenderawasih 91150 lahad datu sabah.

Laporan Polis terhadap Filem bertajuk CCTV.

Pada 30 Julai tahun 2015 lebih kurang pukul 08:00 pagi di 49-1 Jalan Sepah Puteri 5/1B, Pusat Dagangan Seri Utama, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Daven R telah menggunakan saya untuk menerbitkan sebuah filem bertajuk CCTV. Daven R menggunakan saya semasa saya berada di rumah sewa ampang Kuala Lumpur sebab rumah saya banyak cctv dan pada 16 Disember 2018 cctv telah menjadi program rancangan Astro Measat di saluran Astro Ria 104.

Laporan Polis terhadap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Pada 15 Mac tahun 2017 lebih kurang 08:00 pagi di Ibupejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor. Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menggunakan saya untuk merasmikan sebuah bot baharu milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yg baru dibeli daripada negara Australia. Saya berasa curiga dengan siaran berita televisyen tv3 harga yg diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia kerana harganya sama dengan Chip permainan Zynga Texas Poker Holdem iaitu sebanyak 333M.

Laporan Polis terhadap Manifesto Kerajaan Barisan Nasional BN.

Pada 7 April 2018 lebih kurang pukul 08:00 malam di Stadium Badminton Axiata Bukit Jalil Kuala Lumpur Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menggunakan saya semasa mengumumkan manifesto kerajaan barisan nasional bn iaitu Senyum Sabah Sarawak. Sebab dia gunakan sy sebab sy dilanda musibah keluarga. Sy mimpi terjatuh kapal terbang sambil tersenyum.

Laporan Polis terhadap Kelab Bola Sepak Felda iaitu Young Fighter F.C

Pada awal mac tahun 2014 di Universiti Sains Islam Malaysia Negeri Sembilan Felda telah menggunakan saya untuk menubuhkan satu kelab bolasepak felda iaitu Young Fighter F.C. Nama kelab tersebut telah di ambil dari filem yang saya download pada tahun 2013 semasa saya berada di rumah sewa felda ( KOGUNA Felda ) di kg datuk keramat kuala lumpur. Sebab felda tidak bayar duit elaun Skim Intensif Anugerah Pelajar(SIAP) sebanyak RM5500 selama 11 bulan iaitu RM500 sebulan dan selepas saja habis belajar saya dan kawan-kawan saya akan terus bekerja sebagai pegawai bolasepak felda di Inspens, Bangi.

MH370 dan MH17 ..

Kita sambung lagi cerita pasal 2 biji kapal terbang ini, terlalu byk konpirasi yg mengaitkan 2 kapal terbang malaysia ini termasuklah dikait...